Terma & Syarat

1. Pembeli yang serius sahaja

2. Sila ambil perhatian bahawa warna sebenar kain-kain yang ditawarkan mungkin sedikit berbeza daripada apa yang anda lihat disiarkan di laman web. Ini adalah disebabkan oleh perubahan resolusi monitor komputer.

3. Harga adalah termasuk kos penghantaran (seluruh Semenanjung Malaysia sahaja) kecuali dinyatakan sebaliknya.

4. Harga yang dipaparkan adalah untuk jualan runcit (sehelai). Jika pembelian secara borong (5 helai atau lebih), harga adalah berbeza. Sila SMS atau emel kami untuk dapatkan harga terbaik.

5. Tempahan/booking hanya dibenarkan dalam tempoh 24 jam (1 hari) sahaja. Jika pembayaran tidak dibuat dan terdapat pembeli lain yang telah membuat pembayaran, maka secara automatik tempahan anda akan terbatal.

6. Kain akan diperiksa dengan teliti jika ada apa-apa kerosakan/kecacatan sebelum penghantaran dibuat.

7. Penghantaran melalui Poslaju akan dilakukan pada hari Ahad, Selasa & Khamis sahaja. Proses ini akan mengambil masa 1 hari – 1 minggu. Jika kain yang dipesan tidak sampai, sila maklumkan kami.

8. Semua kain yang dijual adalah muktamad. Tidak dibenarkan untuk dipulangkan, ditukar dengan kain lain atau wang tunai (kecuali jika berlaku kecacatan pada kain disebabkan kesilapan kami atau semasa penghantaran). Sila dapatkan maklumat tentang kain sebelum pembelian dibuat.

9. Jika berlaku kecacatan atau terdapat sebab-sebab yang munasabah, pembeli boleh menuntut pemulangan wang semula. Sila hubungi dan maklumkan kami terlebih dahulu.

*Anda dianggap menerima terma dan syarat yang dinyatakan di atas sebaik sahaja anda mengesahkan tempahan anda*

No comments:

Post a Comment