Monday 30 September 2013

Kain Cotton Vietnam vs Kain Cotton English

kain_cotton_vietnam_english
Mungkin ada yang bertanya, apa bezanya antara kain cotton Vietnam dan kain cotton English. Pada peringkat awal mengenali kain cotton dulu, saya juga keliru berkenaan kedua-dua terma kain cotton ini. Sangkaan saya, English cotton merujuk kepada kain cotton yang berasal dari Barat, mungkin mana-mana negara Eropah. Hakikatnya, bukan begitu.

Kain cotton Vietnam dan kain cotton English memang berbeza. Kain cotton Vietnam merujuk kepada kain cotton yang berasal dari negara Vietnam, manakala kain English cotton adalah salah satu daripada beberapa jenis kain cotton. Beberapa jenis kain cotton selain English cotton adalah:
1. Cotton Sateen
2. Paris Cotton/Cotton Voile
3. Designer Cotton
4. Lawn Cotton
5. Cotton Linen
6. Viscose Cotton

Mungkin dalam artikel yang lain, saya akan huraikan serba sedikit berkenaan setiap jenis kain cotton yang ada.

Jadi, dalam erti kata yang lain, oleh kerana kain cotton Vietnam sekadar merujuk kepada kain cotton yang berasal dari Vietnam, maka boleh saja kain itu adalah cotton English, Japanese cotton, ataupun jenis-jenis yang lain.

Jangan lupa KLIK dan LIKE FanPage kami --> https://www.facebook.com/hanahcollections

No comments:

Post a Comment